Thursday 16 October 2014

Wawasan 2020 - Malaysia Negara Maju


Wawasan 2020 yang telah dilancarkan pada Feburari 1991 oleh Tun Dr Mahathir Muhamad. Satu pelan perancangan yang cukup baik dan hasrat kerajaan Malaysia membangun mengukuhkan kedudukan Malaysia di mata dunia. Sebagai rakyat yang sayangkan negaranya seharusnya menyokong dan sama-sama membantu dalam menjayakan wawasan ini. Wawasan yang digambarkan akan menjadikan Malaysia negara yang bersatu, negara dan rakyatnya berjiwa bebas, masyarakat yang demokratik, rakyat bernilai murni dan luhur, masyarakat saintifik, masyarakat yang penyayang, kesamarataan ekonomi,dan masyarakatnya hidup dalam kemakmurkan dan bersatu padu. Semuanya terangkum dalam gambar rajah dibawah.






Peranan pemimpin terdahulu amat-amat dihargai serta dihormati. Belia yang diharapkan oleh negera adalah belia yang dapat memberikan sumbangan, bakti dan jasa. Semua orang mampu untuk menyumbang samada secara terus mahupun sebaliknya. Belia harus memainkan peranan dalam pembangunan negara yang tercinta ini.

Sudah barang pasti bahawa negara telah dan terus menyumbang peruntukan yang banyak untuk memastikan wawasan ini berjaya. Segala instrument telah digunakan untuk menyukur pencapaian sekarang untuk dijadikan panduan kearah pembaikan. Kurang dari 6 Tahun dari sekarang kita akan mencapai wawasan ini. Seharusnya kita telah dapat merasai impak dan kesan dari wawasan ini.

Melalui masyarakat yang saintifik, negara ini mengharapkan semua penduduk dan masyarakatnya mempunyai pengetahuan yang tinggi melalui sains dan teknologi. Masyarakatnya perlu dibangunkan secara menyeluruh. Pembangunan modal insan yang berkualiti menjadi agenda kerajaan. Justeru sistem pendidik rendah, menengah dan tinggi telah dan akan diperkasakan. Kita sedar hanya pendidikan sahaja dapat menyubah lanskap pemiikiran masyarakat.

Kemajuan dan ketemadunan sesebuah masyarakat bukan terletak pada bangunan yang tinggi, komplek membeli belah yang besar atau ukuran meterialistik yang lain. Kita sedar ukuran yang sebenarnya ialah masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Seharusnya membangunkan modal insan harus diutamakan berbandingan membungunkan bangunan-bangunan tinggi, jalan yang besar dan sebagainya.

Masyarakat kita harus dididik dengan erti ketemadunan yang sebenar dan bukan hanya bersifat meterial sahaja.

Ayuh para belia, sama-sama kita menyumbang untuk negara dalam mencapai wawasan 2020.





No comments:

Post a Comment