Tuesday 14 October 2014

Pendidikan

Pendidikan merupakan alat penting untuk mengubah masyarakat. Melalui sistem pendidik, masyarakat kita dapat mengubah corak dan cara pemikiran mereka kearah yang lebih baik.

Pastinya anak-anak bangsa kita yang masih berada didalam alam persekolahan mengharapkan suatu yang terbaik untuk mereka pada masa hadapan mereka. Perancangan dalam sistem pendidikan bukan suatu yang mudah. Ianya perlukan dasar yang holistik dan bersepadu. Seperti mana yang tercatat didalam falsafah pendidikan negara. 

Saban tahun, berbillion ringgit kerajaan diperuntukan untuk sektor pendidikan baik dari peringkat awal pendidikan sehinggalah peringkat tertinggi iaitu peringkat Doktor Falsafah. Sungguh murni hasrat kerajaan kita untuk menjadikan rakyatnya yang berpengetahuan tinggi dan berpendidikan dalam rangka untuk memajukan ekomoni dan memakmurkannya. Melalui sistem-sistem cukai dan sumber pendapatan yang lain, kerajaan  laburkan untuk sektor pendidikan. Dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, politeknik, kolej-kolej, universiti, dan lain-lain institusi yang berkaitan dengan menggunakan segala kemudahan dan peruntukan ini. Sungguhnya nyata manfaat kepada rakyat. Rakyat mendambakan sistem pendidikan yang adil, saksama serta menyeluruh, terbaik, tersendiri, berakhlak tinggi, bertemadun serta berdaya saing. Rakyat juga mengharapka supaya hanya jumlah yang kecil yang mereka perlu bayar. Mengharpakan segala-segalanya dibiayai oleh kerajaan yang mereka pilih.

Sesungguhnya, sektor pendidikan merupakan sektor yang paling hampir dengan belia. Belia yang yang berumur dari 15-40 tahun adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan sektor pendidikan negara. Negara ini memerlukan ramai tanaga muda yang mempunyai kemahiran, kepakaran serta berdaya maju. Kadang-kadang mereka hidup dalam kebingungan. Mereka tersepit dalam dasar-dasar ciptaan cukup menyiksa mereka. Isu bahasa, isu warga pendidik, isu sekolah bandar dan luar bandar, isu kebocoran soalan peperiksaan, isu masalah sosial pelajar dan sebagainya. 

Seharusnya menjadi keutamaan kita mengangkat tinggi matlamat keilmuan. Bukan mengajarnya itu untuk mengejar kemewahan dunia. Bukan matlamat ilmu mencari dunia tetapi mencari punca akan ilmu itu. Punca untuk segala punca. Ilmu yang menerangi kehidupan untuk mencapai matlamat hakiki. Ilmu yang dapat memberikan jalan ke Pencipta. 

Belia harus gunakan masa yang ada untuk mencari, mentelaah, menghadam akan semua ilmu ikuti kemampuan sendiri berguru dengan segala guru. Berguru dengan cikgu disekolah, ibu bapa, atok dan nenek, belajar dari tumbuhan, haiwan, belajar dari alam semulajadi, belajar dari lebah yang manis madunya, belajar dengan burung yang terbang, belajar dengan makhluk-mahkluk ciptaan TUHAN mu. USAH disempitkan makna ilmu dan matlamatnya.

Duhai anak muda, belajarlah dari pengalaman orang-orang tua mu, kerana kamu tidak cukup masa untuk melakukan segalanya dengan dirimu sendiri. Cukup sekadar ceduk pengalaman mereka.








No comments:

Post a Comment