Sunday 5 October 2014

Kacamata

 Berkacamata..

Biasanya kita mengunakan kacamata untuk membetulkan pandangan mata kita. Samada kita rabun jauh atau dekat. Kacamata dengan bantuan indek biasan pada kaca yang tertentu, maka titik fokus pada retina dapat dibetulkan. Maka dengan sebab itu, seseorang itu dapat melihat dengan jelas setelah memakai kacamata. Mungkin anda keliru sifat cermin dan sifat kaca. Cermin adalah bersifat memantul manakala kaca sifatnya lutsinar iaitu cahaya boleh melaluinya.


Selain membetulkan pandangan manusia, kacamata juga digunakan untuk melindungi mata. Mata kita amat sensitif makan perlu dijaga dengan baik. Justeru itu penggunaan kacamata untuk melindungi dari sinaran yang berbahaya adalah amat penting. Sebagai contoh, ramai dikalangan kita memakai kacamata berwarna gelap untuk melindungi mata dari sinaran matahari di waktu siang yang terik.

Sifat bahan tertentu yang membolehkan menapis warna-warna tertentu dalam spektrum cahaya boleh nampak boleh digunakan. Sebagai contoh ada kacamata yang hanya menghalang warna merah dari memasuki mata, ada yang menapis warna biru dan sebagainya.

Jika kita melihat pemandangan yang indah, katakan kita sebuah tasik yang berlatar belakangkan gunung yang hijau cantik. Jika kita pakai kacamata hitam, maka sudah tentu kita akan melihat pemandangan yang berbeza. Sudah barang pasti, jika gunakan kacamata merah, biru atau hijau tentu sekali jelas perbezaan. Maka dengan itu, kacamata amat penting untuk dipilih sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa.

* Jika kita ibaratkan kacamata itu adalah hati kita, maka jika hati kita hitam, maka kita yang terhalang dari melihat pemandangan yang sebenar dek kerana kacamata yang kita pakai. Ayuh kita sama-sama pilih kacamata yang sesuai dan betul dan mari kita bersih hati kita.


No comments:

Post a Comment