Friday 10 October 2014

Belanjawan


Belanjawan merupakan perkara pokok yang perlu dilaksanakan bagi setiap organisasi, institusi, besar mahupun kecil. Hatta keluarga dan untuk diri sendiri juga perlukan perancangan belanjawan.

Kita perlu bijak mengurus sumber pendapatan kita dan perlu amanah pada diri sendiri dan duit kita kemana hendak kita belanjakan. Perlu juga mengkaji impak dan kesan.

Dalam konteks negara, perbelanjaan negara perlu diurustadbir dengan sebaik mungkin. Sumber pendapatan kerjaan adalah dari sumber cukai, hasil negara dan sebagainya. Pembelanjaan negara juga kian meningkat dari masa ke masa. Dengan keadaan sekarang, pasaran terbuka menjadi cabaran terbesar.

Dan kita sebagai rakyat biasa juga perlu bijak dan adil dalam mengunakan dan menilai sesuatu. Peningkatan kos sara hidup menjadikan rakyat kebingungan, tidak tentu arah dan hidup dalam ketakutan. Dari masa ke masa rakyat akan mendengar dari satu ke satu barangan dan perkhidmatan dinaikkan harga.

 Perkara ini amat-amat dirasi oleh golongan belia. Mereka adalah golongan yang masih belajar erti hidup dan kehidupan berumah tangga, berkeluarga sendiri. Ujian kewangan merupakan salah satu cabaran besar buat mereka.

Namun perkara ini adalah fenomena yang perlu dihadapi.

Amanah dan kemahiran pengurusan kewangan amat-amat penting baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Saban tahun, Audit Negara sering melaporkan perkara-perkara yang kurang enak didengari. Perlu kita sebagai masyarkat yang perhatin mengambil cakna akan perkara tersebut. Negara ini adalah milik kita semua, kita ada tanggungjawab untuknya. Sama-sama kita menjaganya.




No comments:

Post a Comment