Monday 20 October 2014

Tahun 2020, Malaysia Negara Maju - PhD

Menerima Ijazah Doktor Falsafah di Majlis Konvokesyen ke-44 UTM, 2010


Pada tahun 2020, Malaysia akan mencapai status negara maju. Pada ketika itu, kemakmuran ekonomi dan rakyatnya akan hidup dalam keadaan aman sentosa, bersatu padu dan saling berkerjasama.

Ya, itulah harapan kita semua. Dan pada ketika itu, rakyat Malaysia sudah sampai satu tahap keilmuaan yang cukup tinggi. Semua rakyatnya boleh ekses pengajian peringkat tinggi. Pada tahun 2020, seramai 60,000 orang rakyat Malaysia telah memiliki PhD. Dan itulah satu-satu cara untuk mencapai hakikat kemakmuran dan status negara maju. Rakyatnya berpengetahuan tinggi dan secara aktif menyumbang kepada kemajuan negara tercinta.
Moscow State Universiti, 2009


Ya, pada ketika ini sejumlah 30,000 rakyat Malaysia telah memiliki PhD. Melalui pengajian peringkat PhD, banyak penemuan baru dalam penyelidikkan akan terhasil. Fokus IPTA untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti harus diberikan perhatian khusus. Usah dinafikan peranan dan sumbangan Universiti.

Ya, umum ketahui bahwa kemajuan negara amat berkaitan dengan sains dan teknologi. Minat dan kecenderungan anak muda harus dipupuk sejak dari kecil. Ramaikan pelajar mengambil jurusan sains dan metematik. Kerana sains dan matematik di sekolah merupakan kunci penting dalam teknologi sekarang. Untuk peringkat SPM, peratus pelajar sains kepada yang lain adalah 60:40%. Pelajar, guru, ibu bapa, pihak sekolah, kerajaan dan semua yang terbabit harus mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan. Sains dan matematik harus dimantapkan.

Kita telah mempunyai rekod Malaysia, PhD termuda di Malaysia, 24 Tahun 4 Bulan. Kejayaan ini harus dijadi sebagai motivasi kepada semua anak-anak muda Malaysia.

Kepada anak-anak muda Malaysia,  belum terlambat untuk kamu mengembang potensi diri. Sumbangan anda untuk mengembangkan ilmu pengetahuan amat-amat diperlukan. Tamankan sifat untuk suka belajar sehingga peringkat tertinggi, PhD kepada generasi muda kita. Negara ini akan maju jika telah kuasi ilmu pengetahuan. Ayuh bersama menjayakan misi Malaysia untuk mencapai 60,000 pemegang PhD yang menyumbang secara aktif kepada NEGARA kita.

Sekian, terima kasih

DR ABD RAHMAN TAMURI
CALON,
AHLI PARLIMEN BELIA
MALAYSIA
JHR007







No comments:

Post a Comment