Tuesday 30 September 2014

Pemimpin Berjiwa Besar

                                  Furnace - pada suhu 1050 'C. Pada suhu sepanas ini, kebanyakkan logam akan lebur.

Salah satu sifat dan ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah :-  BERJIWA BESAR. Pemimpin itu harus membawa seluruh anggota dan ahlinya kearah misi dan visi yang hendak dicapai. Namun, dalam banyak hal, terdapat cabaran, dugaan, ancaman, perselisihan faham dan persengketaan serta pujian dan penghinaan. Seorang pemimpin berjiwa besar akan mengutamakan kepentingan organisasinya dalam kepentingan umum berbanding untuk dirinya.

Usahlah kita menjadi pengikut pada amarah. Sebab dengan panasnya amarah itu akan meleburkan segalanya.

*Logam yang tulen akan diperolehi setelah kita leburkan semua benda asing dalam logam tersebut. Tetapi amarah pada manusia akan memakan diri sendiri. 


Marah,
kawan baik jadi tak ramah,
orang jauh tidak jamah,
dekat pada sifat tak amanah,
rosak hati lagi bernanah,










Sunday 28 September 2014

Korban: Ayam dan Lembu


Korban bermaksud mendekatkan atau suatu amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri peda Tuhan Yang Maha Pencipta. Maka kita di galakan berkorban pada hari raya Aidiladha. Ya sememangnya tujuan amalan itu adalah untuk mendekatkan diri pada TUHAN Yang Esa.

Selanjutkan dalam kehidupan kita yang penuh mencabar ini, setiap kali kita dituntut untuk berkorban dalam bentuk pengorbanan. Tak kira kecil atau besar kita pengorbanan kita, pasti ada "harga" yang kita bayar.

Suka saya berikan contoh sikap kita terhadap sesuatu. Katakan kita ingin memakan burger. Ada pelbagai jenis burger, seperti burger ayam, burger daging, burger panjang dan lain-lain termasuk burger telor atau benjoo. Burger daging berasal dari seekor lembu manakala benjoo hanya hanya sebiji telor dari seekor ayam betina. Untuk menghasilkan burger daging itu, lembu seharusnya disembelih, dibuang kulitnya, kemudian di proses, di kisar dan di uli untuk menjadi daging burger. Berlainan dengan benjoo, sebiji telor dari ayam dikeluarkan, ayam itu boleh terus hidup tanpa bimbang pada nyawanya. Malah ayam boleh berikan lagi telornya.

Nah, ada beza tak diantara burger daging dan benjoo? Sudah barang tentu. Berbeza juga diantara pengorbanan lembu dan ayam itu.

Dalam banyak hal, dimanakah kita? adakah menjadi seekor ayam yang hanya berikan sebiji telor untuk burger atau seekor lembu yang mengorban nyawa semata-mata untuk burger itu.

*berkorbanlah ikut kemampuan kita, Tentu Tuhan Yang Maha Pembalas akan membalas dengan sesuatu yang jauh lebih baik

Hati Kecil

Tersebutlah kisah pada zaman dahulu dimana sihir amat berkuasa. Dapat menukar semua benda yang dikehendaki. Maka termahsor lah cerita seekor tikus yang kecil diduduk celah lubang sebuah rumah. Tuan rumah itu telah membela seekor kucing jantan yang garang bagi menangkap semua tikus-tikus. Justeru itu semua tikus hidup dalam ketakutan. Sukar mereka ingin mencari makan, pasti kucing jantan itu akan mengejar dan menangkap mereka. Keadaan ini berlarut sehingga berlalu beberapa masa.

       Maka terdengarlah akan tikus kisah seorang ahli sihir yang mahsor akan kehebatannya. Lalu dia akan menunaikan permintaan yang dipinta. Maka tikus ini yang hidup dalam ketakutan pun keluar mendapatkan si tukang sihir berkenaan. Ketika itu, si kucing jantan yang garang itu sedang tidur nyeyak kekeyangan setelah makan hidang istimewa, tikus. Tikus pun keluar dengan senyap-senyap ke rumah ahli sihir berkenaan.
      Sampai sahaja di rumah ahli sihir itu, kelihatan ramai sungguh orang. Maka tikus merasa amat kerdil dikalangan mereka. Nanum, ahli sihir nampak kelibat si tikus itu. Lalu si ahli sihir itu pun memanggil si tikus itu. Dia berkata " Duhai tikus, mari ke mari, aku lihat engkau dalam duka lara dan ketakutan". Mendengar panggilan itu, si tikus pun bergegas menuju ke ahli sihir itu. Lalu diceritakan semua masalahnya kepada ahli sihir itu. Dengan itu, ahli sihir bertanyakan, apa permintaan kamu. Maka tikus pun berkata, aku ingin menjadi seekor kucing yang besar supaya dapat sikucing jantan itu tidak menggangunya lagi. Lalu ahli sihir pun menukar si tikus itu kepada kucing jantan yang besar.
      Setelah itu, si tikus dengan bentuk wajah kucing pun pulang ke rumah, lalu dilihat akan kucing jantan itu, maka gerun akan dia terhadap tikus berwajah kucing itu, maka tiada gangguan lagi terhadap tikus itu. Maka tikus hidap dengan aman dapat mencari makanan dalam rumah. Maka tikus berwajah kucing itu berasa bosan berada dalam rumah, dia ingin merasai hidup di luar rumah. Lalu dia pun keluar dengan wajah bangga diri. Ketika dia berjalan luar rumah, datang seekor anjing yang lagi besar daripadanya lalu menyalak dengan kuat dan mengejarnya. Lalu dia pun masuk ke rumah lintang pukang. Kejadian itu terus berulang buat beberapa kali dan amat mengusarkan si tikus berwajah kucing itu.
      Lalu si tikus itu pun berjumpa semula dengan ahli sihir itu dan menceritakan perkara itu, Dan dengan itu si tikus itu pun meminta agar dirinya ditukarkan menjadi anjing besar. Dan ahli berpesan selepas ini tiada lagi permintaan, setiap orang hanya boleh meminta dua kali sahaja. Dengan itu,tikus kini pulang dengan wajah baru, berwajah anjing yang besar. Maka semua anjing takut padanya. Dia dapat keluar dan mencari makan dengan mudah. Selang beberapa hari kemudian, ada beberapa anak anak muda nakal, dia kejar semua anjing, dibaling batu dan kayu serta dipukul semua anjing-anjing. Ini gara-gara ada seekor anjing yang telah menggangu mereka lalu sebagai balasan, semua anjing harus terima padah. Keadaan ini amat-amat berbahaya. Lalu si tikus berwajah anjing itu pun mendapatkan ahli sihir itu, dimintanya ditukarkan menjadi manusia. Lalu dijawab akan ahli sihir itu, tiada lagi permintaan selepas permintaan yang kedua. Lalu si tikus itu amat sedih. 
     Dalam kesedihan tikus itu, lalu ahli sihir pun berkata memberikan nasihat..."Tiada guna aku menukar rupa bentuk fizikal kamu jika hati kamu masih hati tikus, hati kecil dan penakut serta suka mencari jalan mudah"


*Moral of the story...kekuatan sebenar bukan terletak pada fizik tetapi pada hati


Saturday 27 September 2014

Kapal Terbang Kertas


Kapal terbang kertas


Dalam merekabentuk kapal terbang kertas, perlu kita pertimbangkan berapa perkara penting antaranya ialah berat, W kapal terbang kertas, daya tuju, daya rintangan dan daya apungan seperti yang ditunjukan didalam gambarajah diatas. Kesemua daya-daya ini perlu di optimumkan supaya, kapal kertas kita dalam beroperasi dengan terbaik. 

Biasanya dalam pertandingan merekabentuk kapal terbang kertas terdapat beberapa katagori ini termasuk masa terbang paling lama dan jarak terbang yang terpanjang. Oleh itu, rekabentuk kapal terbang ini bergantung kepada katagori yang dipertandingkan.

Oh sungguh kompleks perkara ini walaupun hanya kapal terbang kertas. Sudah tentunya perkara yang lebih kompleks dan rumit perlu dipertimbangkan jika ingin membuat kapal terbang sebenar. Sudah barangpasti, harganya juga mahal. Ya, kapal terbang sebenar boleh membawa 200-400 orang. Nyawa dan keselamatan mereka amat penting. Segala usaha perlu dilaksanakan untuk mengadakan plan kecemasan dan sebagai bagi mengatasi sebarang bahagia.

Ohhh...baru aku sedar, jika sebuah kapal terbang yang membawa 400 orang perlu diberikan perhatian bersungguh dan segala aspek perlu di utamakan. Inikan pula sebuah negeri, negara dan dunia yang berjuta-juta nyawa di dalamnya. Sudah barang tentu...usaha yang lebih serius serta lebih bersungguh-sungguh perlu diberikan. Ohhh........sungguh berat amanah ini. 

* setiap dari kita ada tanggungjawab atas Negara ini, dan kita akan di soal nanti

Thursday 25 September 2014

Aku Sepasang Kasut

 Aku Sepasang Kasut. Sering dipakai oleh tuan ku untuk ke sana-sini. Senang disarung. Pakai kasut waktu pagi semasa berkerja, rehat sekejap waktu solat dan disarung kembali. Waktu bersukan kasut lain. Selipar, alat kasi atau apapun nama yang diberi aku suka akan nama itu. Sungguh senang aku dengan tugasan aku sebagai kasut. Aku bangga dengan diri ku sebagai sepasang kasut.

Jika tuan ku berdiri, aku adalah makluk yang paling bawah. Pada diriku, terbeban segala. Jika Jisim badan tuan adalah m kg, maka berat yang aku tanggung adalah W = mg dengan g adalah nilai graviti bumi. Pada diriku juga tuan ku melangkah, berjalan, berlari, melompat, menyepak dan sebagainya. Tugas ku menjaga kaki tuan ku dari bahaya duri, batu, tahi dan sebagainya.

Aku tak pernah mengeloh pada seluar, baju, tali pinggang ataupun songkok yang dipakai oleh tuan ku. Aku sedar bahwa setiap mereka ada tugas dan peranan masing-masing. Mereka sepertiku, kasut yang berada dibawa, memberikan khidmat pada tuan ku. Aku sedar, bahwa sesetengah orang yang memandang hina kepada ku, sebab aku sentiasa dibawa. Tidak naik-naik. Pada diriku sepasang kasut rela dibawa kemana-mana oleh tuan ku. Akan ku gagahkan diri untuk berhadapan dengan segala halangan. Aku tetap gagah. 

Akulah sepasang kasut itu. Setia pada tuan ku. Aku tidak mengharapkan suatu yang lain, cukup hanya sebuah senyuman. Walaupun aku berada dibawah, sampai bila-bila. Setiap dari kita ada peranan yang perlu kita mainkan. Kita jayakan. Sama-sama menyumbang dan memberi khidmat yang terbaik.

Aku harus sedar, walaupun aku sebagai kasut yang berada dibawa, aku tetap sebahagian daripada TUAN ku. Aku akan tetap menjadi kasut yang setia berada dibawah, tanpa mengeluh akan orang-orang lain yang berada diatas pada TUAN ku. Aku sedar walaupun aku berada dibawah, aku tetap penting buat tuan ku. Aku ingin berkhidmat, walaupun aku berada dibawah dan akan terus berada dibawah.

* hargailah orang peranan orang lain dan hidup ini








Tuesday 23 September 2014

Berbeza Pandangan tak Semestinya Salah

Kita adalah manusia yang banyak kelemahan. Kita sering lupa, dan tersilap dan salah. Tetapi itu bukan tiket untuk terus melakukan kesalahan

Kita telah maklum bahwa kita berlainan latar belakang, tahap pendidikan, tahap kefahaman sesuatu perkara membuatkan kita berbeza pandangan dalam satu perkara.

Maka berlapang dada lah dalam menerima pandangan berbeza.

Yang jauh kita dekatkan,
yang dekat kita rapatkan,
yang rapat kita satukan
Satukan untuk membuat kebaikkan


Senyum..


Jangan kita terlalu sombong menongkat langit, kelak jatuh tersembam muka ke bumi

Monday 22 September 2014

Sikap kita..

Jom UBAH sikap KITA









SIKAP endah tak endah dikalangan kita membuatkan masyarakat terasa kesakitan..Penyakit dalam masyarakat yang perlu dirawat dan dibanteras serta dibendung sebelum menjadi parah beranah.

Ayuh generasi muda kalian....JOM kita ubah sikap KITA 

Kenyataan Media Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), Negeri Johor

Kenyataan Media Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), Negeri Johor

Tanggal 31 Ogos 2014 merupakan tahun yang ke 57 negara yang bertuah ini mencapai kemerdekaan. Pertubuhan Pemuda GEMA, Negeri Johor ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-57.

Sebagai generasi muda, kita seharusnya berterima kasih atas perjuangan, budi dan jasa generasi awal yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memerdekakan serta menjaga negara ini dari ancaman dari luar dan dalam. Sebagai generasi muda juga harus bersyukur atas segala nikmat keamananan, kemakmuran serta kestabilan dalam negera ini yang membolehkan, kita anak-anak muda mendapat pendidikan yang sempurna, memajukan diri, serta mengembangkan potensi diri.
Sesungguhnya dalam tempoh masa 57 tahun ini juga terlalu banyak cabaran dan ujian samada dari dalam mahupun dari luar negara telah dilalui bersama. Terbaru tragedi MH370 dan MH17 yang menimpa negara kita. Jika dahulu generasi awal telah menentang penjajah, menghadapi ancaman komunis dengan keringat dan darah, dan kini kita berhadapan dengan ancaman dari kemajuan teknologi yang canggih. Jika dahulu peluru dan bom dapat didengari, tapi sekarang serangan siber yang senyap tanpa bunyi, menyerang, merompak serta memusnahkan segalanya. Dengan hanya satu butang klik pada skrin komputer mereka dapat memusnahkan sesebuah negara. Ini memberikan petunjuk kepada kita, generasi anak muda, bahawa seharusnya kita menguasai semua ilmu dan teknologi ini dalam persediaan menghadapi ancaman. Anak muda perlu bangkit dan berusaha memajukan diri dan bersama-sama menjaga, membangunkan serta memajukan negara tercinta ini.

Selain dari itu juga, generasi muda harus peka pada perubahan dan keadaan semasa di negara ini. Sikap ambil peduli dan perihatin harus dipupuk semula kepada generasi muda. Kepedulikan kepada isu-isu semasa seperti peningkatan kos sara hidup, masalah sosial anak muda, kadar muflis dikalangan anak muda yang tinggi, penyalahgunaan dadah, kurangnya akhlak dan rasa hormat hormat kepada orang lain, peningkatan harga rumah yang melampau serta perpaduan kaum yang kian terhakis. Sebagai generasi muda, kita memandang keadaan ini secara serius. Usahlah kita asyik menuding jari kepada orang lain berbanding bersama-sama membuat koreksi atas segala kesilapan dan menampung kekurangan. Sesungguhnya, negara kita Malaysia ini adalah milik kita bersama. Tanggungjawab menjaga, memelihara dan membangunkannya adalah tugas kita bersama.  

Semua kejadian yang telah sudah cukup untuk kita bangun dan bangkit dari tidur lena. Usah lagi leka dan lalai. Kita seharusnya bersatu dan berkerjasama dalam mempersiapkan diri bagi mengalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Tugas kita sebagai anak muda pada masa depan amat berat dan sukar. Akhirnya, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDAKAAN YANG KE 57.

Yang benar
Dr Hj Abd Rahman Bin Hj Tamuri
Pengerusi
Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) Negeri Johor
 

Patah Tumbuh, Hilang Berganti


Sudah menjadi lumrah alam yang ditentukan oleh Tuhan Pencipta bahwa Yang Hidup Pasti akan Mati. Umpama pokok yang subur tumbuh di tepi sungai. Hidup dan terus hidup sehingga ke suatu masa yang tertentu akan mati akhirnya. Kitaran hidup pasti berbeza antara satu makhluk dengan makhluk berpadanan dengan fungsi dan tugas. Kitaran ini akan terus saling bergantian sehingga akhirnya dunia ini. Ya pasti dunia ini ada akhirnya.

Jika pokok, yang patah, akan tumbuh semula..Bagi manusia, yang hilang (meninggal dunia) ada gantinya. Usah peduli akan bagaimana kita bermula,,harus dititik berat pada akhirnya kita. Bagaimana kah kita pada AKHIR nanti?


Sunday 21 September 2014

Calon Parlimen Belia Malaysia, Negeri Johor

Biografi:

Saya Dr Abd Rahman Tamuri ingin menawarkan diri untuk menjadi CALON PARLIMEN BELIA Malaysia, mewakili Negeri Johor. Saya berasal dari Sungai Mati, MUAR, Johor. Sewaktu kecil saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Telok Rimba sebelum ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Hwa. Seterusnya saya menyambung persekolahan saya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar selama 2 tahun. Selanjutnya saya telah membuat Ijazah Pertama saya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 4 tahun. Saya telah berjaya memamatkan Ijazah Pertama dengan KELAS Pertama dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah. Pada tahun 2009, saya telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Fizik).
Saya menjadi aktivis belia sejak tahun 2006. Perbagai program dan aktiviti belia yang telah saya ikuti dan anjurkan. Semua aktiviti ini telah membantu saya untuk terus maju sehingga pada tahun 2012. Saya dan beberapa rakan-rakan yang lain telah menubuhkan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) dan telah dilantik sebagai Pengerusi GEMA Johor. Tujuan GEMA ditubuhkan adalah untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan maju. Menjadi MEDAN untuk melahirkan Pemimpin pada masa hadapan dan seterusnya menjadi wadah untuk kerjasama untuk semua kaum di Malaysia. Agenda Perpaduan Malaysia tanpa mengira latar Belakang, Kaum, tahap pendidikan serta kerjaya adalah misi utama GEMA Johor. 

Justeru itu, dengan ini saya ingin menawarkan diri sebagai Calon Parlimen Belia Malaysia Negeri Johor bagi tahu 2014.



Saya ingin memohon daripada pihak tuan-tuan, pengundi generasi muda yang berumur 15 - 40 tahun dari Negeri Johor untuk mengundi saya untuk mewakili golongan belia di Negeri Johor.


Minisfesto saya ialah "BERSAMA BELIA MEMBANGUN NEGARA"

Selamat mengundi.


Mendekatkan yang jauh Tetapi Menjauhkan yang Dekat

Mendekatkan yang jauh Tetapi Menjauhkan yang Dekat

Dengan Alat Komunikasi yang canggih, lengkap dengan kemudahan 3G, kita mudah untuk berhubung dengan rakan-rakan, kawan-kawan, saudara mara, adik beradik, anak beranak atau sesiapakan pun. Boleh berhubung di mana-mana saja, bila-bila masa. Pendek kata, kita dapat berhubung dengan seseorang yang jauh di mata walaupun mereka berada beribu-ribu batu jauh dari kita.

Namun, dengan alat komunikasi canggih ini juga boleh membawa padah yang amat dasyhat. Kita menjauhkan suatu yang dekat.  Kita asyik dengan alat komunikasi kita yang canggih sehingga lupa untuk berhubung dengan orang sekeliling kita. Contohnya, kita sedang berada di meja makan bersama keluarga. Ibu telah menyediakan juadah hidangan yang sedap ditambah dengan hiasan. Dengan rasa teruja, kita ingin berkongsi rasa kepada rakan-rakan, adik beradik atau sesaipa sahaja melalui perisian di alat komunikasi kita. Ambil gambar dan seterusnya dihantar kepada semua. Maka, rakan-rakan, adik beradik pun teruja dengan gambar berkenaan dan memberikan komen yang baik. Seterusnya, kita pun senyum kegirangan dengan pujian tersebut. Senyum seorang tanpa ucapkan terima kasih pada ibunya. Sedangkan ayahnya sedang memerhatikan dengan tajam. Anaknya senyap membisu tanpa perkataan di meja makan dengan senyum keseorangan. 

Usah kita lupa perkara asas dan seni berkomunikasi, ada adab dan tatacaranya.

Saturday 20 September 2014

Yang Cantik Tak Semestinya Baik

                                     "EMAS" 99.78%.

Yang cantik Tak semestinya baik.

Sesungguhnya, pandangan mata sering menipu. Pandangan mata sering keliru yang benar atau yang palsu. Pandangan mata tidak jitu kerana banyak yang kelabu.

Minta pandangan hati, hati yang belum mati.