Thursday 23 October 2014

undi, pengundi dan undian

Undi merupakan satu proses untuk mendapat terbaik, terbanyak, dan tertinggi jika ada lebih dari satu calon yang nak diundi.

Jika tujuan itu, pengundi perlu memilih siapa yang difikirkan layak itu mereka. Tiada paksaan, tiada kepentingan untuk melobi sesiapa. Biarkan undi-undi adalah yang tulen bukan yang dibuat-buat.

Hasil proses pengundian tersebut, maka jumlah undian akan dikira. Calon-calon akan diberikan jumlah undian yang mereka dapat. Seterusnya, calon yang menang akan diumumkan.

Maka proses ini akan berakhir dengan di umumkan siapa yang menang dan kalah. Yang menang akan mewakili dan yang kalah pulang bawa diri.




Monday 20 October 2014

Tahun 2020, Malaysia Negara Maju - PhD

Menerima Ijazah Doktor Falsafah di Majlis Konvokesyen ke-44 UTM, 2010


Pada tahun 2020, Malaysia akan mencapai status negara maju. Pada ketika itu, kemakmuran ekonomi dan rakyatnya akan hidup dalam keadaan aman sentosa, bersatu padu dan saling berkerjasama.

Ya, itulah harapan kita semua. Dan pada ketika itu, rakyat Malaysia sudah sampai satu tahap keilmuaan yang cukup tinggi. Semua rakyatnya boleh ekses pengajian peringkat tinggi. Pada tahun 2020, seramai 60,000 orang rakyat Malaysia telah memiliki PhD. Dan itulah satu-satu cara untuk mencapai hakikat kemakmuran dan status negara maju. Rakyatnya berpengetahuan tinggi dan secara aktif menyumbang kepada kemajuan negara tercinta.
Moscow State Universiti, 2009


Ya, pada ketika ini sejumlah 30,000 rakyat Malaysia telah memiliki PhD. Melalui pengajian peringkat PhD, banyak penemuan baru dalam penyelidikkan akan terhasil. Fokus IPTA untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti harus diberikan perhatian khusus. Usah dinafikan peranan dan sumbangan Universiti.

Ya, umum ketahui bahwa kemajuan negara amat berkaitan dengan sains dan teknologi. Minat dan kecenderungan anak muda harus dipupuk sejak dari kecil. Ramaikan pelajar mengambil jurusan sains dan metematik. Kerana sains dan matematik di sekolah merupakan kunci penting dalam teknologi sekarang. Untuk peringkat SPM, peratus pelajar sains kepada yang lain adalah 60:40%. Pelajar, guru, ibu bapa, pihak sekolah, kerajaan dan semua yang terbabit harus mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan. Sains dan matematik harus dimantapkan.

Kita telah mempunyai rekod Malaysia, PhD termuda di Malaysia, 24 Tahun 4 Bulan. Kejayaan ini harus dijadi sebagai motivasi kepada semua anak-anak muda Malaysia.

Kepada anak-anak muda Malaysia,  belum terlambat untuk kamu mengembang potensi diri. Sumbangan anda untuk mengembangkan ilmu pengetahuan amat-amat diperlukan. Tamankan sifat untuk suka belajar sehingga peringkat tertinggi, PhD kepada generasi muda kita. Negara ini akan maju jika telah kuasi ilmu pengetahuan. Ayuh bersama menjayakan misi Malaysia untuk mencapai 60,000 pemegang PhD yang menyumbang secara aktif kepada NEGARA kita.

Sekian, terima kasih

DR ABD RAHMAN TAMURI
CALON,
AHLI PARLIMEN BELIA
MALAYSIA
JHR007







Thursday 16 October 2014

Wawasan 2020 - Malaysia Negara Maju


Wawasan 2020 yang telah dilancarkan pada Feburari 1991 oleh Tun Dr Mahathir Muhamad. Satu pelan perancangan yang cukup baik dan hasrat kerajaan Malaysia membangun mengukuhkan kedudukan Malaysia di mata dunia. Sebagai rakyat yang sayangkan negaranya seharusnya menyokong dan sama-sama membantu dalam menjayakan wawasan ini. Wawasan yang digambarkan akan menjadikan Malaysia negara yang bersatu, negara dan rakyatnya berjiwa bebas, masyarakat yang demokratik, rakyat bernilai murni dan luhur, masyarakat saintifik, masyarakat yang penyayang, kesamarataan ekonomi,dan masyarakatnya hidup dalam kemakmurkan dan bersatu padu. Semuanya terangkum dalam gambar rajah dibawah.






Peranan pemimpin terdahulu amat-amat dihargai serta dihormati. Belia yang diharapkan oleh negera adalah belia yang dapat memberikan sumbangan, bakti dan jasa. Semua orang mampu untuk menyumbang samada secara terus mahupun sebaliknya. Belia harus memainkan peranan dalam pembangunan negara yang tercinta ini.

Sudah barang pasti bahawa negara telah dan terus menyumbang peruntukan yang banyak untuk memastikan wawasan ini berjaya. Segala instrument telah digunakan untuk menyukur pencapaian sekarang untuk dijadikan panduan kearah pembaikan. Kurang dari 6 Tahun dari sekarang kita akan mencapai wawasan ini. Seharusnya kita telah dapat merasai impak dan kesan dari wawasan ini.

Melalui masyarakat yang saintifik, negara ini mengharapkan semua penduduk dan masyarakatnya mempunyai pengetahuan yang tinggi melalui sains dan teknologi. Masyarakatnya perlu dibangunkan secara menyeluruh. Pembangunan modal insan yang berkualiti menjadi agenda kerajaan. Justeru sistem pendidik rendah, menengah dan tinggi telah dan akan diperkasakan. Kita sedar hanya pendidikan sahaja dapat menyubah lanskap pemiikiran masyarakat.

Kemajuan dan ketemadunan sesebuah masyarakat bukan terletak pada bangunan yang tinggi, komplek membeli belah yang besar atau ukuran meterialistik yang lain. Kita sedar ukuran yang sebenarnya ialah masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Seharusnya membangunkan modal insan harus diutamakan berbandingan membungunkan bangunan-bangunan tinggi, jalan yang besar dan sebagainya.

Masyarakat kita harus dididik dengan erti ketemadunan yang sebenar dan bukan hanya bersifat meterial sahaja.

Ayuh para belia, sama-sama kita menyumbang untuk negara dalam mencapai wawasan 2020.





Wednesday 15 October 2014

rumah dan perumahan


Rumah adalah tempat berteduh sesebuah keluarga. Tidak kira dimana lokasi rumah tersebut samada dibandar dan luar bandar, besar mahupun kecil, baru atau lama, fungsi dan peranannya masih sama.

Kita semuanya dibesarkan didalam rumah kedua ibu bapa kita. Samaada disewa dan dibeli oleh mereka. Berbanding pada zaman dahulu, mereka tinggal di gua-gua untuk berlindung dari panas dan sejuk hujan.

Rumah ini dibina dan terus dibina. Dibangunkan segala kemudahan asas. Bekalan air, elektrik, dewan orang ramai, klinik, kemudahan telefon, jalan raya, sistem pembentungan, sistem sampah dan sebagainya. Maka dengan adanya rumah-rumah, terjadi perumahan-perumahan. Wujud kedai kedai bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Penempatan dan perumahan ini akan terus berkembang dan terus berkembang, maka wujudlah pekan kecil, bandar, bandar raya dan kotaraya. Jumlah penduduk meningkat, kemajuan ekonomi berkembang. Maka banyak kenderaan, tingkat makmur.

 Pokok penting adalah rumah adalah asasnya. Memiliki rumah adalah keperluan bagi setiap keluarga. Keluarga ini akan terus berkembang dari masa ke masa. Berkembang dari dua orang ibu dan bapa menjadi tiga, empat, lima, enam, tujuh malah lima belas.

Keperluan rumah dan perumahan amat-amat dirasai. Maka ramai pemaju yang menawarkan kawasan perumahan dengan rumah dan tanah. Ada juga yang tiada tanah, rumah pangsapuri, kondominium dan sebagainya.

Adanya permintaan maka ada penawaran. Harga bukan halangan, yang penting mampu dan boleh bayar. Harga kian meningkat, jika dulu RM 50,000 untuk rumah satu tingkat tiga bilik, kini menjadi RM 250,000 - RM 300,000. Harga ini bergantung pada lokasi, lokasi, dan lokasi. Semakin jauh semakin murah tetapi semakin sukar untuk ditemui.

Anak muda, belia, keluarga muda sukar untuk mendapat rumah. Mereka dipaksa untuk menyewa. Tuan rumah naikkan sewa. Alasan, BLR,BFR naik, permintaan tinggi, harga rumah naik, ada kemudahan itu dan ini. Siapa boleh kawal harga rumah dan sewa rumah. Dah setuju, maka bayar dan perlu bayar.

Isu rumah, perlu kita ambil perhatian. Kecil besar rumah tidak menjadi ukuran. Yang penting ia adalah rumah. Rumah ada keperluan untuk kita. Tanggungjawab semua untuk membantu mereka yang memerlukan. Jangan kita pula yang sudah ada rumah dua tiga buah masih masih mencari rumah atas alasan pelaburan. Meraka ada duit, tetapi menjadi penyebab harga naik tanpa asas.

Langkah kerajaan kenakan cukai yang tinggi atas mereka yang jual rumah dalam masa 5 tahun adalah langkah bijak. Skim perumahan PRIMA bijak, Youth Housing juga bijak. Terbaik dan perlu diperluaskan. Cadangan wujudkan skim perumahan belia nasional juga langkah yang perlu diambil.

Institusi kewangan dinasihatkan agar bertimbangrasa. Usah difikirkan isu keuntungan semata. Perlu juga menjadi orang kaya yang pemurah. Bukan keuntungan dunia yang dicari. Akhirat itu lebih baik dan kekal.

Rumah dan perumahan adalah isu kita semua. Anak cucu kita akan menghadapi kesukaran yang amat, bantuan kita amat diperlukan.

Kemakmuran negara kita adalah hak untuk kita semua. Usah dibiarkan orang-orang mencari kesempatan atas kesukaran dan kesusahan orang lain.

Kita juga perlu bina rumah disana yang kekal. Binalah dengan baik, sempurna. Bantulah orang yang ingin membina rumah-rumah mereka.

Hidup ini lebih indah dengan melihat orang lain disekeliling kita yang jauh dan dekat bergembira.




























Tuesday 14 October 2014

Pendidikan

Pendidikan merupakan alat penting untuk mengubah masyarakat. Melalui sistem pendidik, masyarakat kita dapat mengubah corak dan cara pemikiran mereka kearah yang lebih baik.

Pastinya anak-anak bangsa kita yang masih berada didalam alam persekolahan mengharapkan suatu yang terbaik untuk mereka pada masa hadapan mereka. Perancangan dalam sistem pendidikan bukan suatu yang mudah. Ianya perlukan dasar yang holistik dan bersepadu. Seperti mana yang tercatat didalam falsafah pendidikan negara. 

Saban tahun, berbillion ringgit kerajaan diperuntukan untuk sektor pendidikan baik dari peringkat awal pendidikan sehinggalah peringkat tertinggi iaitu peringkat Doktor Falsafah. Sungguh murni hasrat kerajaan kita untuk menjadikan rakyatnya yang berpengetahuan tinggi dan berpendidikan dalam rangka untuk memajukan ekomoni dan memakmurkannya. Melalui sistem-sistem cukai dan sumber pendapatan yang lain, kerajaan  laburkan untuk sektor pendidikan. Dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, politeknik, kolej-kolej, universiti, dan lain-lain institusi yang berkaitan dengan menggunakan segala kemudahan dan peruntukan ini. Sungguhnya nyata manfaat kepada rakyat. Rakyat mendambakan sistem pendidikan yang adil, saksama serta menyeluruh, terbaik, tersendiri, berakhlak tinggi, bertemadun serta berdaya saing. Rakyat juga mengharapka supaya hanya jumlah yang kecil yang mereka perlu bayar. Mengharpakan segala-segalanya dibiayai oleh kerajaan yang mereka pilih.

Sesungguhnya, sektor pendidikan merupakan sektor yang paling hampir dengan belia. Belia yang yang berumur dari 15-40 tahun adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan sektor pendidikan negara. Negara ini memerlukan ramai tanaga muda yang mempunyai kemahiran, kepakaran serta berdaya maju. Kadang-kadang mereka hidup dalam kebingungan. Mereka tersepit dalam dasar-dasar ciptaan cukup menyiksa mereka. Isu bahasa, isu warga pendidik, isu sekolah bandar dan luar bandar, isu kebocoran soalan peperiksaan, isu masalah sosial pelajar dan sebagainya. 

Seharusnya menjadi keutamaan kita mengangkat tinggi matlamat keilmuan. Bukan mengajarnya itu untuk mengejar kemewahan dunia. Bukan matlamat ilmu mencari dunia tetapi mencari punca akan ilmu itu. Punca untuk segala punca. Ilmu yang menerangi kehidupan untuk mencapai matlamat hakiki. Ilmu yang dapat memberikan jalan ke Pencipta. 

Belia harus gunakan masa yang ada untuk mencari, mentelaah, menghadam akan semua ilmu ikuti kemampuan sendiri berguru dengan segala guru. Berguru dengan cikgu disekolah, ibu bapa, atok dan nenek, belajar dari tumbuhan, haiwan, belajar dari alam semulajadi, belajar dari lebah yang manis madunya, belajar dengan burung yang terbang, belajar dengan makhluk-mahkluk ciptaan TUHAN mu. USAH disempitkan makna ilmu dan matlamatnya.

Duhai anak muda, belajarlah dari pengalaman orang-orang tua mu, kerana kamu tidak cukup masa untuk melakukan segalanya dengan dirimu sendiri. Cukup sekadar ceduk pengalaman mereka.








Friday 10 October 2014

Belanjawan


Belanjawan merupakan perkara pokok yang perlu dilaksanakan bagi setiap organisasi, institusi, besar mahupun kecil. Hatta keluarga dan untuk diri sendiri juga perlukan perancangan belanjawan.

Kita perlu bijak mengurus sumber pendapatan kita dan perlu amanah pada diri sendiri dan duit kita kemana hendak kita belanjakan. Perlu juga mengkaji impak dan kesan.

Dalam konteks negara, perbelanjaan negara perlu diurustadbir dengan sebaik mungkin. Sumber pendapatan kerjaan adalah dari sumber cukai, hasil negara dan sebagainya. Pembelanjaan negara juga kian meningkat dari masa ke masa. Dengan keadaan sekarang, pasaran terbuka menjadi cabaran terbesar.

Dan kita sebagai rakyat biasa juga perlu bijak dan adil dalam mengunakan dan menilai sesuatu. Peningkatan kos sara hidup menjadikan rakyat kebingungan, tidak tentu arah dan hidup dalam ketakutan. Dari masa ke masa rakyat akan mendengar dari satu ke satu barangan dan perkhidmatan dinaikkan harga.

 Perkara ini amat-amat dirasi oleh golongan belia. Mereka adalah golongan yang masih belajar erti hidup dan kehidupan berumah tangga, berkeluarga sendiri. Ujian kewangan merupakan salah satu cabaran besar buat mereka.

Namun perkara ini adalah fenomena yang perlu dihadapi.

Amanah dan kemahiran pengurusan kewangan amat-amat penting baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Saban tahun, Audit Negara sering melaporkan perkara-perkara yang kurang enak didengari. Perlu kita sebagai masyarkat yang perhatin mengambil cakna akan perkara tersebut. Negara ini adalah milik kita semua, kita ada tanggungjawab untuknya. Sama-sama kita menjaganya.




Thursday 9 October 2014

Bersama Belia Membangun Negara



Umum ketahui bahwa pemuda sesebuah bangsa amat penting bagi sesebuah negara. Meraka menjadi tulang belakang pada negara baik dari ekonomi, tenaga kerja, kepakaran dan potensi kepimpinan pada masa hadapan. Belia yang berumur 15 sehingga 40 tahun merupakan golongan yang amat penting dibangunkan potensi dan peluang mereka untuk maju. Mereka perlu dibawa bersama dalam arus kemajuan dan ketemadunan sesebuah negara. 

                                                         Jadual 1

Jadual 1 merupakan taburan jumlah belia yang berada di negara kita yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2010. Jumlah belia yang berumur dari 15-40 tahun adalah 12.8 juta orang. Jumlah ini mewakili 45 % dari penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang.  Manakala Jadual 2 memaparkan kumpulan belia mengikut etnik iaitu Melayu, Cina, India dan Lain-Lain.

Jadual 2
Belia yang berusia 15-19 tahun dan berusia 20-24 tahun merupakan golongan belia yang tertinggi. Pada ketika ini, mereka sedang berada di alam persekolahan dan alam universiti. Pembangunan belia pada peringkat ini amat-amat penting. Mereka diibaratkan buluh yang masih muda. Seterusnya pada usia 25-29 tahun, biasanya golongan belia ini akan mula berkerja dan mendirikan rumah tangga dan mereka juga antara golongan yang teramai yang memerlukan bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib. Dalam usia ini, sokongan keluarga, masyarakat dan pihak kerajaan amat penting dalam memastikan rumah tangga dan keluarga yang mereka pakai bina akan terjamin keutuhannya.

Jelas pada kita bahawa golongan belia tidak boleh dipandang sepi. Mereka perlu diambilkira dalam pembangunan negara bangsa ini.

Ayuh kita bersama belia membangunkan negara tercinta ini


Tuesday 7 October 2014

Hakikat Kehidupan

Amat sukar nk tulis pasal tajuk ini. Namun hati kecil ini amat-amat nak sampaikan apa yang dirasa mengenai hakikat kehidupan kita.

Kita sedar bahawa kita adalah hamba dan insan biasa. Hanya ada tulang empat kerat dan pancaindra kurniaan Ilahi. Tanpa kita minta dan pohon untuk semua ini. Kita juga sedar bahawa ada dikalangan kita yang diberikan "kurang" dari kita. Wajib untuk kita syukuri nikmat-nikmat itu.

Tuhan pencipta menjadikan kita bukan untuk bermain-main dan sia-sia. Ada matlamat dan tujuan. Harus kita fikirkan dengan sedar bahwa KITA ADA TUJUAN HIDUP yang perlu di laksanakan.

Kehidupan didunia amat singkat..singkat sangat. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Kita semua akan mati. Semua benda kita tinggalkan. Yang dibawa hanya bekalan amalan. Entah cukup atau tidak.

Kita datang ke dunia kosong tangan kosang kaki, kosong buku, bila balik nanti belum pasti yang kita bahawa, banyak yang baik atau sebaliknya.

Sudah Tuhan mu jadikan semua benda ada pasangan, gembira-sedih, suka-duka, kaya-miskin, besar-kecil, tua-muda, banyak-sedikit, tinggi-rendah, pandai-bodoh, baik-jahat, lurus-bengkok, senang-susah, panas-sejuk, siang-malam.

Sudah pasti juga kehidupan ini adalah pilihan. Pilihan dan pemilihan. Kita yang pilih untuk hidup kita.Tuhan Yang Esa akan meminta pertanggungjawaban atas pilihan kita.

Justeru itu, pilihan ditangan kita semua. Saya dan anda yang membaca artikel ini juga ada pilihan. Jika kita pilih dan pilihan itu betul, maka beruntunglah kita. Jika sebaliknya, maka rugilah kita.

Tetapi, sekali lagi Tuhan Yang Esa itu tidak akan menzalimi hamba-hambanya. Peluang dan ketika harus digunakan sebaiknya. Usah berlengah dalam lakukan amal kebajikan. Mohon maaf atas kesalahan dan pohon ampun pada Tuhan Pencipta Alam.




LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA


Peringatan yang perlu diperingatkan

ingat sihat sebelum sakit
ingat kaya sebelum miskin
ingat lapang sebelum sempit
ingat muda sebelum tua
ingat hidup sebelum mati


Jadilah orang yang bijaksana, Beramal untuk disana

Sunday 5 October 2014

Kacamata

 Berkacamata..

Biasanya kita mengunakan kacamata untuk membetulkan pandangan mata kita. Samada kita rabun jauh atau dekat. Kacamata dengan bantuan indek biasan pada kaca yang tertentu, maka titik fokus pada retina dapat dibetulkan. Maka dengan sebab itu, seseorang itu dapat melihat dengan jelas setelah memakai kacamata. Mungkin anda keliru sifat cermin dan sifat kaca. Cermin adalah bersifat memantul manakala kaca sifatnya lutsinar iaitu cahaya boleh melaluinya.


Selain membetulkan pandangan manusia, kacamata juga digunakan untuk melindungi mata. Mata kita amat sensitif makan perlu dijaga dengan baik. Justeru itu penggunaan kacamata untuk melindungi dari sinaran yang berbahaya adalah amat penting. Sebagai contoh, ramai dikalangan kita memakai kacamata berwarna gelap untuk melindungi mata dari sinaran matahari di waktu siang yang terik.

Sifat bahan tertentu yang membolehkan menapis warna-warna tertentu dalam spektrum cahaya boleh nampak boleh digunakan. Sebagai contoh ada kacamata yang hanya menghalang warna merah dari memasuki mata, ada yang menapis warna biru dan sebagainya.

Jika kita melihat pemandangan yang indah, katakan kita sebuah tasik yang berlatar belakangkan gunung yang hijau cantik. Jika kita pakai kacamata hitam, maka sudah tentu kita akan melihat pemandangan yang berbeza. Sudah barang pasti, jika gunakan kacamata merah, biru atau hijau tentu sekali jelas perbezaan. Maka dengan itu, kacamata amat penting untuk dipilih sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa.

* Jika kita ibaratkan kacamata itu adalah hati kita, maka jika hati kita hitam, maka kita yang terhalang dari melihat pemandangan yang sebenar dek kerana kacamata yang kita pakai. Ayuh kita sama-sama pilih kacamata yang sesuai dan betul dan mari kita bersih hati kita.


ibadah Korban

Pada tanggal 10 Zulhijjah telah terkorban lembu...

Lembu ni telah si sembilih oleh Ustaz Nik Zawawi Salleh

Kami sekeluarga melihat lembu ini disembelih


Dan akhirnya


Orang kuat..kepenatan, terima kasih


Ayah mentua merenung jauh

Ustaz telah menyembelih 6 ekor lembu
 Anak perempuan juga ikut sertai majlis korban

Saturday 4 October 2014

Friday 3 October 2014

Subsidi

Subsidi adalah salah satu bentuk bantuan daripada pihak kerajaan kepada rakyat. Tujuan utama sabsidi kerajaan adalah untuk mengawal barangan dan menstabilkan ekonomi negara. Subsidi terhadap sesuatu barangan adalah hak kerajaan untuk menentukannya, menambah dan mengurangkannya. Saban tahun kerajaan membelanjakan peruntukan yang amat banyak untuk menampung kos subsidi. Keadaan ini amat tidak baik untuk kerajaan. Ditambah dengan beban hutang yang sedia-ada, punca dan had pembelanjaan kerajaan amat terhad. Cabaran semakin hari semakin mencabar dan terus mencabar. Setiap kali bajet negara akan diumumkan, berita pengurangan subsidi akan dikeluarkan...makna harga barangan akan naik. 

Pihak kerajaan mengatakan bahawa struktur subsidi sekarang menyimpang daripada tujuannya. Hanya orang yang kaya sahaja yang banyak menikmati subsidi sekarang ini. Penstukturan semula subsidi akan dilaksanakan. Langkah rasionalisasi sedang dicanang. Semoga apa yang dirancang oleh pihak kerajaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak membazir dan menambah lagi hutang negara. Kerajaan yang sedia ada disarankan untuk melaksanakan urus tadbir yang lebih baik, cekap, amanah serta jujur dalam banyak hal. 

Masyarakat belia yang baru sahaja "pelajari" hidup ini berharap, dengan pengurangan subsidi minyak dapat membantu kerajaan merangka dan melaksanakan projek-projek negara yang dapat membantu kembali golongan ini. Jangan peruntukan itu "hilang" tanpa bekas dan kesan. 


.