Wednesday 15 October 2014

rumah dan perumahan


Rumah adalah tempat berteduh sesebuah keluarga. Tidak kira dimana lokasi rumah tersebut samada dibandar dan luar bandar, besar mahupun kecil, baru atau lama, fungsi dan peranannya masih sama.

Kita semuanya dibesarkan didalam rumah kedua ibu bapa kita. Samaada disewa dan dibeli oleh mereka. Berbanding pada zaman dahulu, mereka tinggal di gua-gua untuk berlindung dari panas dan sejuk hujan.

Rumah ini dibina dan terus dibina. Dibangunkan segala kemudahan asas. Bekalan air, elektrik, dewan orang ramai, klinik, kemudahan telefon, jalan raya, sistem pembentungan, sistem sampah dan sebagainya. Maka dengan adanya rumah-rumah, terjadi perumahan-perumahan. Wujud kedai kedai bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Penempatan dan perumahan ini akan terus berkembang dan terus berkembang, maka wujudlah pekan kecil, bandar, bandar raya dan kotaraya. Jumlah penduduk meningkat, kemajuan ekonomi berkembang. Maka banyak kenderaan, tingkat makmur.

 Pokok penting adalah rumah adalah asasnya. Memiliki rumah adalah keperluan bagi setiap keluarga. Keluarga ini akan terus berkembang dari masa ke masa. Berkembang dari dua orang ibu dan bapa menjadi tiga, empat, lima, enam, tujuh malah lima belas.

Keperluan rumah dan perumahan amat-amat dirasai. Maka ramai pemaju yang menawarkan kawasan perumahan dengan rumah dan tanah. Ada juga yang tiada tanah, rumah pangsapuri, kondominium dan sebagainya.

Adanya permintaan maka ada penawaran. Harga bukan halangan, yang penting mampu dan boleh bayar. Harga kian meningkat, jika dulu RM 50,000 untuk rumah satu tingkat tiga bilik, kini menjadi RM 250,000 - RM 300,000. Harga ini bergantung pada lokasi, lokasi, dan lokasi. Semakin jauh semakin murah tetapi semakin sukar untuk ditemui.

Anak muda, belia, keluarga muda sukar untuk mendapat rumah. Mereka dipaksa untuk menyewa. Tuan rumah naikkan sewa. Alasan, BLR,BFR naik, permintaan tinggi, harga rumah naik, ada kemudahan itu dan ini. Siapa boleh kawal harga rumah dan sewa rumah. Dah setuju, maka bayar dan perlu bayar.

Isu rumah, perlu kita ambil perhatian. Kecil besar rumah tidak menjadi ukuran. Yang penting ia adalah rumah. Rumah ada keperluan untuk kita. Tanggungjawab semua untuk membantu mereka yang memerlukan. Jangan kita pula yang sudah ada rumah dua tiga buah masih masih mencari rumah atas alasan pelaburan. Meraka ada duit, tetapi menjadi penyebab harga naik tanpa asas.

Langkah kerajaan kenakan cukai yang tinggi atas mereka yang jual rumah dalam masa 5 tahun adalah langkah bijak. Skim perumahan PRIMA bijak, Youth Housing juga bijak. Terbaik dan perlu diperluaskan. Cadangan wujudkan skim perumahan belia nasional juga langkah yang perlu diambil.

Institusi kewangan dinasihatkan agar bertimbangrasa. Usah difikirkan isu keuntungan semata. Perlu juga menjadi orang kaya yang pemurah. Bukan keuntungan dunia yang dicari. Akhirat itu lebih baik dan kekal.

Rumah dan perumahan adalah isu kita semua. Anak cucu kita akan menghadapi kesukaran yang amat, bantuan kita amat diperlukan.

Kemakmuran negara kita adalah hak untuk kita semua. Usah dibiarkan orang-orang mencari kesempatan atas kesukaran dan kesusahan orang lain.

Kita juga perlu bina rumah disana yang kekal. Binalah dengan baik, sempurna. Bantulah orang yang ingin membina rumah-rumah mereka.

Hidup ini lebih indah dengan melihat orang lain disekeliling kita yang jauh dan dekat bergembira.




























No comments:

Post a Comment