Tuesday 7 October 2014

Hakikat Kehidupan

Amat sukar nk tulis pasal tajuk ini. Namun hati kecil ini amat-amat nak sampaikan apa yang dirasa mengenai hakikat kehidupan kita.

Kita sedar bahawa kita adalah hamba dan insan biasa. Hanya ada tulang empat kerat dan pancaindra kurniaan Ilahi. Tanpa kita minta dan pohon untuk semua ini. Kita juga sedar bahawa ada dikalangan kita yang diberikan "kurang" dari kita. Wajib untuk kita syukuri nikmat-nikmat itu.

Tuhan pencipta menjadikan kita bukan untuk bermain-main dan sia-sia. Ada matlamat dan tujuan. Harus kita fikirkan dengan sedar bahwa KITA ADA TUJUAN HIDUP yang perlu di laksanakan.

Kehidupan didunia amat singkat..singkat sangat. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Kita semua akan mati. Semua benda kita tinggalkan. Yang dibawa hanya bekalan amalan. Entah cukup atau tidak.

Kita datang ke dunia kosong tangan kosang kaki, kosong buku, bila balik nanti belum pasti yang kita bahawa, banyak yang baik atau sebaliknya.

Sudah Tuhan mu jadikan semua benda ada pasangan, gembira-sedih, suka-duka, kaya-miskin, besar-kecil, tua-muda, banyak-sedikit, tinggi-rendah, pandai-bodoh, baik-jahat, lurus-bengkok, senang-susah, panas-sejuk, siang-malam.

Sudah pasti juga kehidupan ini adalah pilihan. Pilihan dan pemilihan. Kita yang pilih untuk hidup kita.Tuhan Yang Esa akan meminta pertanggungjawaban atas pilihan kita.

Justeru itu, pilihan ditangan kita semua. Saya dan anda yang membaca artikel ini juga ada pilihan. Jika kita pilih dan pilihan itu betul, maka beruntunglah kita. Jika sebaliknya, maka rugilah kita.

Tetapi, sekali lagi Tuhan Yang Esa itu tidak akan menzalimi hamba-hambanya. Peluang dan ketika harus digunakan sebaiknya. Usah berlengah dalam lakukan amal kebajikan. Mohon maaf atas kesalahan dan pohon ampun pada Tuhan Pencipta Alam.




No comments:

Post a Comment