Sunday 21 September 2014

Calon Parlimen Belia Malaysia, Negeri Johor

Biografi:

Saya Dr Abd Rahman Tamuri ingin menawarkan diri untuk menjadi CALON PARLIMEN BELIA Malaysia, mewakili Negeri Johor. Saya berasal dari Sungai Mati, MUAR, Johor. Sewaktu kecil saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Telok Rimba sebelum ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Hwa. Seterusnya saya menyambung persekolahan saya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar selama 2 tahun. Selanjutnya saya telah membuat Ijazah Pertama saya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama 4 tahun. Saya telah berjaya memamatkan Ijazah Pertama dengan KELAS Pertama dan telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah. Pada tahun 2009, saya telah dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Fizik).
Saya menjadi aktivis belia sejak tahun 2006. Perbagai program dan aktiviti belia yang telah saya ikuti dan anjurkan. Semua aktiviti ini telah membantu saya untuk terus maju sehingga pada tahun 2012. Saya dan beberapa rakan-rakan yang lain telah menubuhkan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) dan telah dilantik sebagai Pengerusi GEMA Johor. Tujuan GEMA ditubuhkan adalah untuk melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan maju. Menjadi MEDAN untuk melahirkan Pemimpin pada masa hadapan dan seterusnya menjadi wadah untuk kerjasama untuk semua kaum di Malaysia. Agenda Perpaduan Malaysia tanpa mengira latar Belakang, Kaum, tahap pendidikan serta kerjaya adalah misi utama GEMA Johor. 

Justeru itu, dengan ini saya ingin menawarkan diri sebagai Calon Parlimen Belia Malaysia Negeri Johor bagi tahu 2014.



Saya ingin memohon daripada pihak tuan-tuan, pengundi generasi muda yang berumur 15 - 40 tahun dari Negeri Johor untuk mengundi saya untuk mewakili golongan belia di Negeri Johor.


Minisfesto saya ialah "BERSAMA BELIA MEMBANGUN NEGARA"

Selamat mengundi.


No comments:

Post a Comment