Thursday 25 September 2014

Aku Sepasang Kasut

 Aku Sepasang Kasut. Sering dipakai oleh tuan ku untuk ke sana-sini. Senang disarung. Pakai kasut waktu pagi semasa berkerja, rehat sekejap waktu solat dan disarung kembali. Waktu bersukan kasut lain. Selipar, alat kasi atau apapun nama yang diberi aku suka akan nama itu. Sungguh senang aku dengan tugasan aku sebagai kasut. Aku bangga dengan diri ku sebagai sepasang kasut.

Jika tuan ku berdiri, aku adalah makluk yang paling bawah. Pada diriku, terbeban segala. Jika Jisim badan tuan adalah m kg, maka berat yang aku tanggung adalah W = mg dengan g adalah nilai graviti bumi. Pada diriku juga tuan ku melangkah, berjalan, berlari, melompat, menyepak dan sebagainya. Tugas ku menjaga kaki tuan ku dari bahaya duri, batu, tahi dan sebagainya.

Aku tak pernah mengeloh pada seluar, baju, tali pinggang ataupun songkok yang dipakai oleh tuan ku. Aku sedar bahwa setiap mereka ada tugas dan peranan masing-masing. Mereka sepertiku, kasut yang berada dibawa, memberikan khidmat pada tuan ku. Aku sedar, bahwa sesetengah orang yang memandang hina kepada ku, sebab aku sentiasa dibawa. Tidak naik-naik. Pada diriku sepasang kasut rela dibawa kemana-mana oleh tuan ku. Akan ku gagahkan diri untuk berhadapan dengan segala halangan. Aku tetap gagah. 

Akulah sepasang kasut itu. Setia pada tuan ku. Aku tidak mengharapkan suatu yang lain, cukup hanya sebuah senyuman. Walaupun aku berada dibawah, sampai bila-bila. Setiap dari kita ada peranan yang perlu kita mainkan. Kita jayakan. Sama-sama menyumbang dan memberi khidmat yang terbaik.

Aku harus sedar, walaupun aku sebagai kasut yang berada dibawa, aku tetap sebahagian daripada TUAN ku. Aku akan tetap menjadi kasut yang setia berada dibawah, tanpa mengeluh akan orang-orang lain yang berada diatas pada TUAN ku. Aku sedar walaupun aku berada dibawah, aku tetap penting buat tuan ku. Aku ingin berkhidmat, walaupun aku berada dibawah dan akan terus berada dibawah.

* hargailah orang peranan orang lain dan hidup ini








1 comment:

  1. mesej tersembunyi is.. semua orang or semua kerjaya ade fungsi yang tersendiri.. sedar x sedar.. berkait antara satu sama lain..

    ReplyDelete