Monday 22 September 2014

Kenyataan Media Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), Negeri Johor

Kenyataan Media Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), Negeri Johor

Tanggal 31 Ogos 2014 merupakan tahun yang ke 57 negara yang bertuah ini mencapai kemerdekaan. Pertubuhan Pemuda GEMA, Negeri Johor ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-57.

Sebagai generasi muda, kita seharusnya berterima kasih atas perjuangan, budi dan jasa generasi awal yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memerdekakan serta menjaga negara ini dari ancaman dari luar dan dalam. Sebagai generasi muda juga harus bersyukur atas segala nikmat keamananan, kemakmuran serta kestabilan dalam negera ini yang membolehkan, kita anak-anak muda mendapat pendidikan yang sempurna, memajukan diri, serta mengembangkan potensi diri.
Sesungguhnya dalam tempoh masa 57 tahun ini juga terlalu banyak cabaran dan ujian samada dari dalam mahupun dari luar negara telah dilalui bersama. Terbaru tragedi MH370 dan MH17 yang menimpa negara kita. Jika dahulu generasi awal telah menentang penjajah, menghadapi ancaman komunis dengan keringat dan darah, dan kini kita berhadapan dengan ancaman dari kemajuan teknologi yang canggih. Jika dahulu peluru dan bom dapat didengari, tapi sekarang serangan siber yang senyap tanpa bunyi, menyerang, merompak serta memusnahkan segalanya. Dengan hanya satu butang klik pada skrin komputer mereka dapat memusnahkan sesebuah negara. Ini memberikan petunjuk kepada kita, generasi anak muda, bahawa seharusnya kita menguasai semua ilmu dan teknologi ini dalam persediaan menghadapi ancaman. Anak muda perlu bangkit dan berusaha memajukan diri dan bersama-sama menjaga, membangunkan serta memajukan negara tercinta ini.

Selain dari itu juga, generasi muda harus peka pada perubahan dan keadaan semasa di negara ini. Sikap ambil peduli dan perihatin harus dipupuk semula kepada generasi muda. Kepedulikan kepada isu-isu semasa seperti peningkatan kos sara hidup, masalah sosial anak muda, kadar muflis dikalangan anak muda yang tinggi, penyalahgunaan dadah, kurangnya akhlak dan rasa hormat hormat kepada orang lain, peningkatan harga rumah yang melampau serta perpaduan kaum yang kian terhakis. Sebagai generasi muda, kita memandang keadaan ini secara serius. Usahlah kita asyik menuding jari kepada orang lain berbanding bersama-sama membuat koreksi atas segala kesilapan dan menampung kekurangan. Sesungguhnya, negara kita Malaysia ini adalah milik kita bersama. Tanggungjawab menjaga, memelihara dan membangunkannya adalah tugas kita bersama.  

Semua kejadian yang telah sudah cukup untuk kita bangun dan bangkit dari tidur lena. Usah lagi leka dan lalai. Kita seharusnya bersatu dan berkerjasama dalam mempersiapkan diri bagi mengalas kepimpinan negara pada masa hadapan. Tugas kita sebagai anak muda pada masa depan amat berat dan sukar. Akhirnya, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDAKAAN YANG KE 57.

Yang benar
Dr Hj Abd Rahman Bin Hj Tamuri
Pengerusi
Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) Negeri Johor
 

No comments:

Post a Comment