Belia dan
Ganja
1) Api kebakaran yang
besar itu bermula dari kecilnya api. Tiada yang besar kecuali bermula
dengan yang kecil. Begitulah ibarat yang akan berlaku jika saranan untuk
menjadi ganja sebagai barangan bukan terlarang di Malaysia sepertimana di negara-negara
TPPA yang lain. Bermula dengan merokok
di sekolah secara sorok-sorok, sudah berkerja ada duit lebih, menagih
ganja pula dan seterusnya menagih dadah. Umum ketahui bahawa dadah musuh negara
nombor 1. Ia merosakan masyarakat terutama golongan belia yang menjadi tonggok
harapan negara pada masa hadapan.
2) Pertubuhan Pemuda
Gema Malaysia, Negeri Johor (GJ) ingin menarik perhatian warga Malaysia
supaya membantah cadangan dan syor untuk “meringankan” hukuman bagi pengisap
ganja serta tidak menganggap ganja sebagai barangan terlarang. Ganja atau
marijuana adalah barangan terlarang dan amat memudaratkan penggunanya jika
diambil tanpa panduan doktor. Ganja atau
marijuana (kannabis) adalah barangan terlarang di Malaysia sepertimana yang
telah diperuntukan dibawah Akta Dadah Berbahaya tahun 1952 Pindaan 1998. Jika seseorang
disabitkan kesalahan dibawah akta ini hukuman “paling ringan” adalah denda RM 5000 atau penjara tidak lebih 2
tahun atau kedua-duanya. Namun hukuman
mati mandatori jika disabitkan jika bersalah mengedar bahan terlarang ini
sepertimana didalam Seksyen 39(B) akta yang sama.
3) Disamping ganja
membawa kearah masalah ketagihan, ganda juga memberi kesan yang buruk dari
aspek ekonomi dan sosial. Jika seorang belia terjebak dengan ganja disebabkan
mudahnya untuk diperolehi dimana-mana, mereka terpaksa memperuntukan jumlah
duit yang banyak untuk mengatasi ketagihan mereka. Jika mereka dibuang kerja
akibat majikan tahun mereka menagih ganja, mereka tiada pendapatan. Mereka ada
anak dan isteri yang perlu ditanggung dan keperluan lain untuk dibayar
disamping perlu membeli ganja. Namun tiada pendapatan tetap, dan ini mereka
akan mencari jalan mudah dengan mencuri dan mengambil hak orang lain bagi
memenuhi keperluan mereka. Mereka sememangnya menjadi hamba ganja atau dadah.
Ini juga boleh menjadi sebab utaman robohnya sesebuah institusi keluarga. Isteri sanggup bercerai dan berpisah
dengan suami daripada menangung si suami penagih ganja. Jika institusi
kekeluargaan telah roboh, maka itulah tandanya masyarakat akan rosak. Anak-anak
menjadi terbiar dan akhirnya mereka juga akan terjebak dengan ganja akibat
pengaruh rakan-rakan.
4) Dari aspek
pekerjaan pula, penagihan ganja akan menyebabkan kemerosotan kualiti kerja
seseorang belia. Mereka akan selalu berhutang sana sini, lewat datang kerja
serta culas ketika bekerja, sukar untuk mengawal emosi dan pertuturan dan
sangat-sangat suka menipu dan suka memberikan alasan untuk tidak berkerja. Mereka seolah-olah
kehilangan kawarasan akal fikiran dan tidak bertimbang rasa terhadap
persekitaran mereka. Seharusnya hukuman berkenaan dengan penyalahgunaan ganja
seharusnya ditambah berat supaya rakyat takut dan insaf atas kesalahan mereka. Menurut
MyAADK , jumlah penagih dadah yang berada di agensi tersebut bagi tahun 2014
ialah seramai 21,777 orang dengan penagih ganja adalah penyumbang ketiga besar iaitu
seramai 1,919 orang. Umur mereka dari semuda 13 tahun sehingga 40 tahun.
Sememang golongan belia amat mudah terdedah penyalahgunaan ganja dan dadah
seharusnya cadangan untuk tidak mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan
ganja dikalangan belia adalah sesuatu yang tidak wajar.
5) Sekali lagi GJ ingin menyuarakan agar akta berkenaan dadah dan ganja ini perlu
diperhalusi untuk dan ditambah berat lagi hukumannya. Selain dari itu,
seharusnya kita perkukuhkan institusi kekeluargaan agar golongan belia kita tidak
terdedah terhadap bahaya ganja dan dadah. Pendidikan agama serta penerapan
jatidiri terhadap golongan belia juga perlu diperkuat dan ditajamkan selaras
dengan perkembangan zaman semenjak mereka dirumah lagi. Pihak ibu bapa, guru-guru
disekolah, pensyarah serta masyarakat perlu mengambil sikap proaktif dan peka
terhadap bahaya ganja dan dadah serta menjadi mata dan kepala pihak yang
berwajib untuk membendung perkara ini.
Sekian terima
kasih.
Yang benar
Dr Abd Rahman Bin Tamuri
Pengerusi GJ Negeri Johor